Nyaris Maut, Enam Batang Besi Tembusi Leher

Xiangyang – Seorang pekerja nyaris maut selepas enam batang besi tertusuk menembusi lehernya. Xie Mo yang dijangka pulih sepenuhnya terselamat kerana besi itu tidak mengena saluran darah utama atau tenggoroknya.

Kejadian berlaku ketika Xie Mo bekerja membina jambatan di Xiangyang di wilayah Hubei, timur China minggu lalu. Xie Mo berada di atas jambatan itu apabila mesin yang digunakan untuk meluruskan besi di depannya tidak berfungsi.

Dia tidak sempat mengelak apabila besi itu melayang dan menusuk bahagian kanan lehernya.

“Leher saya tiba-tiba kebas sebelum saya rebah. Mujur saya tidak jatuh terus ke tanah,” katanya.

Dia dikejarkan ke hospital sambil memegang besi itu bagi mengelak ia bergerak. Doktor terpaksa meminta bantuan bomba untuk memotong sebahagian besi itu, lima daripadanya lebih satu meter.

Xie Mo kemudian menjalani pembedahan untuk membuang baki besi itu dan dijangka pulih dalam masa beberapa minggu lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.