Kapal Penyelidikkan Marin Karam, 2 SaintisMaut

Taipei – Dua saintis Taiwan maut manakala 43 lagi terselamat apabila sebuah kapal penyelidikan marin karam di pesisir pantai Taiwan selepas terlanggar terumbu, kata pegawai pengawal pantai, hari ini.

Bantuan kecemasan gagal untuk menyelamatkan mangsa selepas kapal “Ocean Penyelidik V” yang membawa 27 penyelidik dan 18 anak kapal itu karam di kepulauan Penghu, semalam.

Kapal 2,700 tan itu mula karam selepas terlanggar terumbu karang.

Mangsa yang berada di atas kapal bergegas ke rakit keselamatan, namun tenggelam akibat ombak dan angin kencang.

Kapal berharga TW$1.5 bilion itu yang dilancarkan pada tahun 2012, tenggelam pada jam 1.00 tengah hari waktu tempatan.

Pegawai pengawal pantai berkata, tentera laut mengerahkan 12 kapal dan helikopter untuk operasi menyelamat.

Kapal itu berlepas dari pelabuhan di bandar selatan Tainan pada Khamis sempena ekspedisi penyelidikan marin selama lapan hari yang dijalankan oleh kerajaan dan dikendalikan bersama beberapa universiti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.