Gambar: Jejantas Di Skudai Runtuh Ekoran Hujan Lebat

Johor Bahru – Sebuah jejantas yang merentangi Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena telah runtuh dan menyebabkan kesesakkan jalanraya.

Menurut sumber SuaraTV, pihak berkuasa sedang menjalankan tugas-tugas bagi mengalihkan jejantas tersebut telah menghempap sebuah lori, dua kereta dan sebuah motosikal yang sedang melalui jalan itu.

Jejantas di jalan Skudai itu dikatakan runtuh ekoran hujan lebat yang melanda sekitar jam 4.00 petang tadi juga mengakibatkan kira-kira bumbung 30 rumah di Taman Kobena turut diterbangkan angin.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan seorang pemandu lori cedera dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Katanya, pemandu lori yang tersepit di tempat duduknya berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

Kemayan City 1

 

Kemayan City 3

 

Kemayan City 4

Kemayan City 2

 

Kemayan City 5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.