Bung Mokhtar Sah Berhadapan Pertandingan 5 Penjuru Di DUN Lamag

- Advertisement -

(Kemaskini) Bung Mokhtar sah akan menentang 4 calon lain dalam persaingan merebut DUN Lamag dalam pilihanraya negeri Sabah seperti diumumkan pegawai pengurus sebentar tadi.

Senarai calon yang disahkan mengikut aturan kertas undi sebentar tadi ialah seperti berikut:

Calon no 1:  Junny @Karuak Abdullah Bebas

Calon no 2: Mohd Ismail Ayub (Warisan)

Calon no 3: Mohd Al Ruzainir @Sairin Abd Rahman (Parti Perpaduan Rakyat Sabah)

Calon no 4. Bung Mokhtar Radin, (Barisan Nasional)

Calon no 5: Razman B Mayah, Parti Cinta Sabah (Parti Cinta Sabah)


KINABATANGAN – DUN Lamag adalah antara 13 kerusi baru yang telah diluluskan Dewan Rakyat pada Julai lepas. Penambahan 13 kerusi menjadikan keseluruhan bahagian-bahagian pilihan raya negeri Sabah kepada 73 bahagian berbanding 60 kerusi pada PRU 14 lepas

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin akan berhadapan dengan 4 calon lain dalam pertandingan 5 penjuru di DUN Lamag sempena Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah yang prosesnya bermula hari ini.

Setelah proses pencalonan ditutup pada jam 10 pagi tadi, selain Bung yang mewakili BN, DUN Lamag juga akan menyaksikan penyertaan calon-calon dari parti Warisan, Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Perpaduan Rakyat Sabah dan seorang calon Bebas.

Seorang lagi calon dari Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) yang dikhabarkan pada awalnya akan turut bertanding, tidak hadir menghantar borang pencalonannya.

Kehadiran Bung Mokhtar menghantar borang pencalonannya, turut diiringi Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Zahid turut difahamkan membaca doa mengharapkan segalanya berjalan dengan baik untuk calon-calon BN yang bertanding bukan sahaja Lamag, tapi seluruh kawasan dalam PRN kali ini.

Keputusan akhir jumlah calon-calon yang bertanding bagaimanapun, akan bergantung kepada keputusan Suruhanjaya Pilihanraya yang akan diumumkan pada jam 11 pagi nanti.

DUN Lamag mempunyai seramai 8,159 pengundi berdasarkan daftar pemilih yang dikemaskini sehingga Januari 2020 – SuaraTV

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat