Veteran tentera kesal Danyal tinggalkan PD

SHAH ALAM – Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT)  tidak akan mengundi Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kecewa dengan tindakan Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson demi memberi laluan kepada Presiden PKR itu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK).

Presiden persatuan itu  Mohamed Arshad Raji berkata  veteran tentera pada 9 Mei yang lalu menyokong dan mengalu-alukan kemenangan Danyal dengan harapan tanggungjawab sebagai pengganti penyandang terdahulu diteruskan. 

“Kepimpinan PKR mesti memahami bahawa kehadiran veteran angkatan bersenjata di Parlimen disokong oleh ribuan veteran. Orang-orang ini dilihat sebagai wakil mereka, dan suara yang mereka boleh bergantung pada perkara yang mempengaruhi veteran,” katanya menerusi kenyataan media. 

Tambahnya, tindakan Danyal  membuktikan bahawa PKR tidak menyambut baik peranan veteran tentera yang juga bekas pegawai kanan bersenjata kanan sebagai anggota parlimen.

Sehubungan itu PATRIOT menegaskan pendirian bahawa Danyal perlu kekal menjadi Ahli Parlimen di Port Dickson untuk menjadi medium suara rakyat bagi menyampaikan isu-isu akar umbi termasuklah perihal perkara-perkara ketenteraan dan kebajikan veteran yang sering dikehendaki. 

“”PATRIOT menggesa kepimpinan PKR untuk membenarkan kerusi Port Dickson kekal dengan penyandangnya, dan untuk Anwar bertanding di tempat lain,” ujarnya. 

Terdahulu pada pilihan raya umum yang lalu, Danyal, bekas pegawai tentera laut, memenangi kerusi dengan 36,225 undi pada pilihan raya 9 Mei. Dia mengalahkan VS Mogan dari Barisan Nasional (18,515 undi) dan PAS ‘Mahfuz Roslan (6,594 undi).-

Danyal hari ini umum meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Port Dickson untuk memberi laluan Anwar bertanding bagi meneruskan agenda reformasi.SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.