Netizen Kecam Tindakan MP PKR Letak Jawatan

Kuala Lumpur – Perletakan jawatan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Danyal Balagopal Abdullah dikecam teruk oleh rakyat lebih-lebih lagi netizan.

Kecaman oleh netizan rata-ratanya dibuat menerusi laman sosial Facebook di bawah pautan video sidang media perletakan jawatan oleh penyandang kerusi parlimen tersebut.

Segelintir netizen menyifatkan hak mengundi oleh rakyat dan keputusan yang dibuat dalam Pilihan Raya ke-14 (PRU14) lalu telah dikhianati atas faktor kepentingan peribadi dan diri sendiri.

Selain itu, ada juga meluahkan pendapat PKR sengaja membazir wang kerajaan meski pun Pakatan Harapan (PH) ketika ini kerap menyatakan kerajaan menanggung beban hutang.

Malah, tidak kurang juga netizen meluahkan perasaan parti PKR sebagai parti ‘anak-beranak’ berikutan pemimpin-pemimpin dalam PH melantik darah daging sendiri sebagai pucuk pimpinan parti.

Berikut adalah pautan komen-komen yang diluahkan oleh netizen dalam laman sosial Facebook.

 

PKR pada hari ini mengumumkan kerusi ahli parlimen PD dikosongkan bagi membolehkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke parlimen yang telah diumum sendiri oleh penyandang kerusi berkenaan.

Keputusan berhubung kekosongan kerusi itu turut dipersetujui pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti dalam PH iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.