Letak Jawatan MP, Untuk Bagi Anwar Jadi PM Ibarat Pelacur Politik Kata Asiah Jalil

SHAH ALAM – Seperti Langkah Kajang empat tahun yang lalu dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 2008 yang sepatutnya diadakan demi memberi laluan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding, hari ini sejarah itu bakal berulang.

Seperti yang dijangkakan PKR hari ini akan mengumumkan kerusi parlimen yang akan ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Umum mengetahui ianya hanya akan dilakukan melalui pengosongan sebuah kerusi Parlimen yng sehingga kini masih lagi menjadi teka-teki selepas Ahli parlimen Nibong Tebal Datuk Mansor Othman baru-baru ini menafikan bakal bertindak demikian demi Anwar.

Walaubagaimanapun, ianya mengundang ketidakpuasan hati seorang aktivis Asiah Abd Jalil menerusi Facebook yang menyifatkan pengosongan kerusi Parlimen hanya dibuat oleh ‘pelacur politik’.

Katanya lagi, Ahli Parlimen yang bakal mengosongkan kerusinya hari ini sanggup berbuat demikian demi menjadikan Anwar berjaya memegang jawatan yang diinginkannya selama ini.

“Siapakah pelacur politik? Masa nak PRU, dia terhegeh-hegeh jadi calon. Terkinja-kinja ceramah dan kempen sana sini. Kononnya nak berkhidmat untuk rakyat jika dipilih sebagai wakil rakyat.

“Lepas dah menang PRU, baru 120 hari jadi Ahli Parlimen, dia nak letak jawatan untuk beri laluan kepada orang yang kemaruk nak jadi PM melalui PRK yang tidak perlu,” tulis Asiah.

Untuk rekod, Langkah Kajang berlaku apabila pada 27 Januari 2017 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu Lee Chin Cheh mengumumkan mengosongkan kerusinya untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding.

Bagaimanapun, hasrat Anwar terbantut setelah gagal menjadi calon kerusi DUN Kajang selepas mahkamah mendapati beliau bersalah atas tuduhan liwatnya, lalu isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipertaruhkan untuk kerusi itu.

Selepas Wan Azizah memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) di situ, PKR menamakannya calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim namun Sultan Selangor tidak memperkenankannya.

Selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah meminta beberapa nama PAS meletakkan nama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kemudiannya dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

Sebelum Langkah Kajang, pada 2008, Datuk Wan Azizah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepadanya kembali ke Parlimen.

Tiga hari yang lalu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata Presiden parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkannya untuk ‘mempersiapkan’ kerusi-kerusi berpotensi yang akan ditandingi presiden parti yang dipilih itu dalam masa terdekat. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.