Kerjasama PAS dan UMNO Untuk Kebaikan Islam, Melayu

KUALA TERENGGANU — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerjasama parti itu dengan Umno akan diteruskan sekiranya ia membawa lebih banyak kebaikan kepada Islam dan orang Melayu.

Menurutnya, belum ada lagi gabungan rasmi bersama Umno setakat ini namun apa sahaja boleh berlaku dalam politik memandangkan “kita tidak tahu apa akan jadi pada masa akan datang”.

“Apa sahaja perkara yang baik, PAS akan bekerjasama dengan Umno, namun untuk perkara yang tidak baik, PAS tidak sesekali akan bekerjasama dengan Umno,” katanya ditemui pemberita selepas majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Terengganu di sini semalam.

PAS dilihat sudah mula menjalin kerjasama dengan Umno termasuk dalam beberapa pilihan raya kecil di Selangor baru-baru ini. — Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.