CEP masih wujud, ahli masih bertugas

SHAH ALAM – Kerajaan belum lagi membubarkan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), kata Pengerusinya, Tun Daim Zainuddin.

Malah menurutnya semua ahlinya sehingga kini masih melakukan tugas lama meskipun tidak ada sebarang mesyuarat diadakan.

“Perdana menteri kata (CEP masih) ada. Semua sudah balik buat kerja masing-masing,” katanya ketika berucap pada sesi perjumpaan dengan penduduk di kawasan Parlimen Titiwangsa di Kelab Sultan Sulaiman, di sini hari ini.

Bulan lalu, Daim mengumumkan CEP diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas tugas-tugas yang dilakukan mereka selesai.

Langkah itu diambil selepas pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) genap tempoh 100 hari.

Bagaimanapun, Dr Mahathir kemudian mengumumkan bahawa majlis itu tidak akan dibubarkan kerana khidmat anggotanya masih lagi diperlukan termasuk Daim.

Pengumuman itu bercanggah dengan kenyataan Perdana Menteri pada 12 Mei lalu apabila beliau menyatakan CEP akan dibubarkan selepas 100 hari pentadbiran PH.

CEP ditubuhkan 12 Mei lalu selepas dua hari PH berjaya menubuhkan kerajaan selepas mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU14) 9 Mei lalu.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.