Video:PMSP Lapor DBKL Pada SPRM

PUTRAJAYA – Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini membuat satu laporan  di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ekoran daripada isu Projek di Jalan Peel.

Menurut Pegawai Tugas-Tugas Khas PMSP, Shafik Abdullah, projek tersebut dipertikaikan kerana ia dibangunkan yang tidak sesuai dilakukan projek pembangunan.

“Tujuan kami datang ke SPRM hari ini adalam kerana projek yang melibatkan Lorong Peel di belakang IPD Cheras.

“Sebelum ini dikatakan ia telah diberhentikan tapi kini projek itu masih ada. Baru-baru ini signboard baru sudah dinaikkan,” katanya ketika ditemui media di hadapan banggunan SPRM tadi.

Tambah beliau lagi, laporan yang dibuat di SPRM itu adalah kerana mahu pihak SPRM menyiasat DBKL kerana ia merupakan kesalah DBKL.

“Laporan ini dibuat supaya SPRM lakukan siasatan terhadap DBKL dengan wakil rakyat bahagian Cheras dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam kes ini,” ujarnya.

Ketika ditanya media mengapa kes ini tidak dibawa kepada Menteri wilayah adalah kerana PMSP tidak mahu menambah bebanan tugasan yang disandang oleh menteri tersebut.

“Dalam isu ini yang buat kesalahan adalah DBKL, tak perluah Menteri kena terlibat, kami tak mahu menyusahkan Menteri sebab dia banyak lagi kerja,”katanya.

Dalam pada itu, Pegawai hal ehwal kaum cina PMSP pula mengesa agar Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai perlu melaksanakan tugasnya dengan menyiasat isu ini dan tidak hanya berdiam diri sahaja.

“Saya nak minta YB Cheras, Tan Kok Wai, kamu masih tidurkah, mengapa ini kes dalam Peel, dekat situ Jalan raya.

“Silalah YB pergi siasat jangan bagi senyap atau YB sudah dapat benefit kah?”katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.