Video : Vida Terkejut, Cik B Hisap Vape?

Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi anak perempuan kepada pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B.

Terbaru menerusi akaun Instagram Vida, dia telah berkongsi video anaknya itu yang kelihatan seperti sedang menghisap rokok elektronik atau lebih mudah disebut sebagai vape.

Dalam perkongsian Vida yang berbentuk video itu, Cik B kelihatan benar-benar seperti sedang menghisap vape dengan gaya wajahnya yang sangat bersahaja.

Namun jika ditonton video itu sehingga penghujungnya, Cik B hanya melakonkan gaya seperti sedang menghisap vape. Sebenarnya objek yang dipegang oleh Cik B itu merupakan botol bedak asas atau ‘foundation’.

“Cik B isap vape?? Macam ye ye jer..Muka sikit punya feeling…

“Tapi yang penting..Cik B dah berjinak jinak dgn Foundations..Kreatifnya dia punya imaginasi..Kejut mama tgk,” tulis status Vida di ruangan kapsyen video perkongsiannya, petik MH.

Imaginasi Cik B ini telah membuatkan ramai netizen yang terhibur dengan gelagatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.