Video: Pengacara TV Dikecam, Gunting Baju Dipakai Pengacara Perempuan

Seorang penyampai TV di Sepanyol telah mencetuskan kemarahan ramai selepas dia memotong gaun yang dipakai oleh seorang lagi rakan penyampai program `Afternoon Here And Now’ dengan gunting ketika rancangan itu disiarkan secara langsung pada waktu siang.

Juan y Medio sedang mengacarakan rancangan itu dengan Eva Ruiz apabila dia tiba-tiba membawa gunting dan kemudian menggunting gaun wanita itu hingga pendek dan hampir menampakkan seluar dalam Eva.

Walaupun Juan mendakwa ia merupakan aksi balas dendam dalam aksi sebelum ini, namun Eva kelihatan malu dan terpaksa menutup bahagian badannya ketika kamera dihalakan ke arahnya.

Menurut Juan, Eva sebelum ini telah memotong seluarnya dalam rancangan secara langsung itu selepas dia enggan menari.

Namun seluar yang dipotong itu bukan seluar yang dipakai oleh Juan ketika itu.

Selain orang ramai, seorang ahli politik, Teresa Rodriguez telah mengecam rancangan berkenaan menerusi Twitter.

“Bagaimana jika anak-anak kita melihat rancangan untuk siaran umum ini? Tidakkah mereka berasa ia adalah kelakar jika dilakukan kepada kanak-kanak perempuan lain?, demikian soalnya.

Dalam pada itu, stesen TV itu, Canal Sur telah mengemukakan permohonan maaf menerusi media sosial dan menyifatkan ia sebagai gurauan antara penyampainya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.