Video: Pembangkang Ini Hanya Tahu Bangkang Sahaja – PMSP

PUTRAJAYA – Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) menyifatkan bahawa pihak pembangkang di Malaysia hanya tahu membangkang tanpa memikirkan perkara tersebut adalah benar atau tidak.

Menurut Pegawai Tugas-Tugas Khas PMSP, Shafik Abdullah, pembangkang sepatutnya memberikan cadangan penambahbaikkan bukan hanya tahu membangkang.

“Itulah masalah pembangkang kita, nama pun dah pembangkang, jadi membangkang sahajalah kerja dia, cakap makan tengah hari bangkang, cakap breakfast dia bangkang.

“Sepatutnya pembangkang kena ada pemikiran yang waras jangan menentang tetapi kemukakan cadangan yang lebih elok daripada Barisan Nasional jika benar,” katanya ketika ditemui media di hadapan baggunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 9SPRM) di sini tadi.

Beliau menyifatkan bahawa kesemua pembangkang adalah sama sahaja kerana sikap mereka yang hanya tahu membangkang .

“Baik Lim kit Siang ke, Wan Azizah Ke, Mahathir ke, Muhyiddin Yassin ke, Mukhriz ke, sama sahaja, tak guna menentang memberi cadangan itulah yang perlu dilakukan oleh wakil rakyat,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan bahawa PMSP adalah sebuah persatuan yang memperjuangkan hak rakyat tanpa menyebelahi mana-mana parti politik di Malaysia.

“Tak kisah Barisan Nasional atau Pakatan harapan, kami akan turun.

“Tugas kami adalah menegakkan kebenaran dan berlaku adil tak kira siapa sahaja kerana itulah tugas kami,” katanya.

https://www.youtube.com/watch?v=zTxExhKLy1A&feature=youtu.be

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.