Video: Jamal Disiasat Polis Kerana Pecahkan Meja

AMPANG – Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Datuk Jamal Md Yunos hari ini tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya bagi membantu siasatan susulan tindakannya memecahkan meja dalam satu sidang media untuk memerangi pusat judi di Selangor.

Menurut Jamal, laporan telah dibuat terhadapnya selepas beliau dituduh dan dilabel sebagai samseng serta bertindak kasar.

“Kami dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan susulan sidang media yang telah dibuat pada minggu lepas iaitu sidang media berhubung (perbuatan) saya yang menghayunkan tukul di meja kami sendiri.

“Daripada sidang media tersebut saya dimaklumkan beberapa pihak telah bertindak membuat laporan atas kami yang kononnya ini menakutkan, (menunjukkan) samseng, bertindak kasar diluar batasan undang-undang,”katanya selepas memberikan keterangan di luar IPD terbabit.

Dalam pada itu, ditanya mengenai cabaran yang dibuat oleh Jamal terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada minggu lepas untuk menutup rumah urut, Jamal berkata beliau tidak mendapat sebarang maklum balas mengenainya.

“Sehingga sekarang Azmin Ali tidak memberikan sebarang respon kepada saya. Kami faham mungkin Azmin mewakili beberapa kerusi sahaja daripada kerajaan negeri.

“Kami sedia maklum kerusi yang paling banyak di dalam kerajaan negeri ini adalah kerusi DAP mungkin Azmin Ali tak dapat menyatakan apa-apa ataupun ingin menutup atau menarik balik lesen kerana majoriti kuasa di dalam negeri Selangor ini adalah DAP.

“DAP memang tak dapat dipisahkan daripada perkara ini. Jadi rumah urut dan sebagainya yang berlaku di negeri Selangor ini,”katanya.

Sehubungan itu, Jamal berkata sekiranya Azmin mempunyai kuasa mutlak ke atas negeri Selangor, maka beliau perlu mengambil tindakan segera untuk membendung kegiatan tidak bermoral di negeri ini.

 

“Sebagai menteri besar, tolonglah rakyat di negeri ini supaya tidak berlaku tahi judi dan mangsa judi. Batalkan lesen-lesen yang ada, bekukan lesen yang ada,”jelasnya.

Minggu lalu, satu gimik memecahkan meja dilakukan oleh Jamal yang mewakili NGO negeri itu sebagai protes pengeluaran lesen judi dan rumah urut yang berleluasa di Selangor.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.