Protes Pesta Arak? PAS ‘Tengok Keadaan’

PAS sedang menimbang-nimbang sama ada akan mengadakan protes terhadap penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 yang dijadual di ibu negara 6 Oktober depan atau tidak.

Dihubungi Malaysiakini untuk mendapatkan pandangan parti itu, Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi tidak memberikan jawapan yang muktamad.

“Kita akan fikir, tengok dulu keadaan,” katanya.

Anak presiden PAS itu berkata demikian ketika ditanya sama ada parti berkenaan akan mengadakan protes terhadap festival minuman keras berkenaan.

Semalam, Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Dr Riduan Nohd Nor menyatakan rasa berang terhadap pesta yang itu dan kesal Malaysia dipilih sebagai lokasi penganjuran, walaupun atas nama pelancongan dan untuk orang bukan Islam.

Better Beer Festival adalah acara untuk merasai produk pengeluar bir bebas anjuran pengedar bir MyBeer (M) Sdn Bhd.

Pesta secara tahunan itu dianjurkan sejak enam tahun lalu.

 

Ini bukanlah kali pertama PAS membantah acara seumpama itu. Pada 2014, parti itu lantang membantah penganjuran pesta Octoberfest.

Sementara itu, exco Selangor Teng Chang Kim berkata acara seumpama itu tetap boleh diteruskan walaupun dibantah PAS.

“Ini adalah negara demokrasi, PAS boleh terus membantahnya tetapi acara itu tetap berjalan,” katanya seperti dipetik Oriental Daily.-Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.