Pelarian Rohingya Terpaksa Dipindah Ke Pulau Di Bangladesh

DHAKA – Ribuan pelarian Rohingya mungkin terpaksa membina kediaman baru di sebuah pulau di Bangladesh.

Menurut AFP, kerajaan Bangladesh merayu masyarakat antarabangsa membantunya memindahkan pelarian ke pulau tersebut, lapor RTM.

Langkah itu diambil sebagai usaha menangani kebanjiran etnik Rohingya yang melarikan diri susulan operasi tentera Myanmar di negeri Rakhine. 

Sementara itu, Tentera Pembebasan Rohingya Arakan, mengiytiharkan gencatan senjata sehala bagi memboleh bantuan sampai kepada pelarian yang semakin terdesak dan menderita.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan daripada tentera kerajaan Myanmar sama ada akan melaksanakan gencatan serupa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.