Pelakon Ikmal Amry Hafal 15 Juzuk Al-Quran

Watak Rahim yang dilakonkan oleh Ikmal Amry dalam drama Mencintaimu Mr. Photographer yang diterajui oleh Syafiq Kyle dan Hannah Delisha, mempunyai auranya tersendiri.

Walaupun dikenali sebagi seorang pelakon, namun apa yang menarik tentang Ikmal ini adalah dia merupakan bekas pelajar sekolah tahfiz dan pernah menghafaz 15 juzuk al-Quran, petik MH.

Selalunya kalau dilihat, pelajar lepasan sekolah tahfiz lebih cenderung memilih kerjaya yang lebih profesional seperti guru, pensyarah, pendakwah namun berbeza buat Ikmal.

Ikmal berkata, pada awalnya dia memang memilih untuk menjadi seorang guru namun bila difikirkan semula dia merasakan bahawa karier sebagai seorang guru itu bukan betul-betul datang dari jiwanya.

“Pada mulanya memang saya nak ke arah untuk memilih kerjaya sebagai seorang guru namun bila saya fikir semula, saya rasa tak boleh dan karier sebagai seorang guru tu bukan diri saya.

“Apa ilmu agama yang saya ada, memang saya nak share dengan semua orang menerusi kerjaya dalam bidang seni dengan cara saya.

“Tapi saya hanya mampu berkongsi dan terpulang pada semua untuk menerima atau tidak sebab saya tidak ada hak untuk menegur. Saya hanya boleh kongsikan sahaja,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Ikmal merupakan salah seorang finalis Hero Remaja 2017 yang ketika ini sedang bersaing merebut gelaran juara untuk musim kali ini.

Kata ikmal, dia memang ternanti-nanti untuk menyertai pertandingan Hero Remaja kerana bagi dirinya platform ini boleh memberikan sesuatu untuk dia belajar menjadi anak seni yang berjaya seperti bekas-bekas Hero Remaja yang terdahulu.

“Hero Remaja ni satu pertandingan yang saya memang tertunggu-tunggu untuk sertai dan apa yang saya lihat bekas-bekas Hero Remaja yang sekarang ni kebanyakannya sudah berjaya membuatkan saya rasa, saya boleh belajar sesuatu daripada pertandingan ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.