PBB Sokong Sekatan Baharu Terhadap Korea Utara

UNITED NATIONS – Majlis Keselamatan PBB sebulat suara meluluskan sekatan baharu ke atas Korea Utara, susulan tindakan negara komunis itu melancarkan ujian nuklear keenam, baru-baru ini.

Menurut AFP, draf sekatan yang dirangka Washington disokong kesemua 15 negara anggota badan dunia itu, termasuk China dan Rusia, lapor RTM.

Sekatan menyasarkan industri tekstil Korea Utara, serta mengehadkan penghantaran produk minyak ke negara itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.