Model Rusia Ini Miliki Kaki Terpanjang Di Dunia

Model Rusia bernama Ekaterina Lisina telah dinobatkan sebagai model tertinggi di dunia dan memiliki dua Guinness World Records. Lisina mempunyai ketinggian mencapai 6 kaki 9 ini atau sama dengan 206cm tanpa memakai kasut.

Wanita berusia 29 tahun dari Penza ini bahkan disebut-sebut sebagai model tertinggi di Rusia.

Lisina yang merupakan bekas atlet bola keranjang dan memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik 2008 itu merasakan dia bukan hanya model tertinggi di Rusia tetapi juga di dunia. Guinness World Records 2017 telah membuktikan kata-katanya.

Bagi ukuran kasut wanita, Lisina biasa menggunakan nombor 47. Selepas bersara dari bola keranjang, Lisina meletakkan kerjaya di dunia model profesional.

“Saya sangat gembira, saya telah mencuba mendapat rekod tersebut selama berbulan-bulan. Saya perlu diukur banyak kali.

“Sepanjang hidup saya, saya selalu nampak orang-orang yang melihat saya di jalan. Di Rusia mereka tidak meminta foto atau apapun, mereka hanya diam saja dan melihat.

“Ini sangat kelakar bila anda sedang duduk dan seseorang datang pada anda dan tidak mengharapkan anda untuk menjadi terlalu tinggi. Apabila saya berdiri dan saya dapat melihat reaksi di wajah mereka,” katanya.

Lisina juga mengaku dia pernah diganggu dan dibuli di sekolah gara-gara ketinggiannya itu. Disebabkan ketinggian berkenaan juga, dia tidak pernah memakai kasut bertumit tinggi.

Lisina juga bercerita ketika mencecah usia 16 tahun, dia keliru sama ada mahu memilih menjadi atlet bola keranjang atau menjadi atau model.

Tapi dia memilih untuk menjadi atlet bola keranjang kerana sudah beberapa kali memenangi pertandingan.

Lisina mengaku ketinggian itu diwarisi daripada ibu bapanya. Bapanya memiliki ketinggian 198cm sedangkan ibunnya 188cm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.