Ditikam Jiran Gara- Gara Hidu Mi Segera Yang Dimasak

Setiap orang akan tergoda dan berasa lapar jika terhidu bau masakan.

Namun, lain pula yang berlaku kepada dua orang jiran di kota Bangkok, Thailand ini.

Dipetik dari laman Asia One, Isnin lalu, akibat aroma mi segera itu, telah mengakibatkan satu insiden ngeri sehingga mengancam nyawa.

Seorang lelaki maut ditikam dan tiga lainnya mengalami luka-luka ringan gara-gara terhidu bau mi segera yang direbus itu.

Menurut keterangan dari polis tempatan, Somchai Klinhom ditikam hingga maut. Kejadian itu berlaku di rumahnya yang terletak di perumahan Maneemart distrik Khan Nayao Bangkok.

Sementara itu, jirannya dua lelaki dan seorang wanita mengalami luka-luka dan dikejarkan ke rumah sakit.

Kejadian bermula ketika adik laki-laki Somchai memasak mi segera kesukaannya. Sementara itu, jirannya sangat terganggu dengan bau itu kerana tidak menyukai bau tersebut.

Kehidupan kedua belah jiran ini memang tidak harmoni. Mereka kerap berbalah yang berpunca daripada masalah kecil.

Hingga akhirnya, perkelahian terjadi kerana jirannya mencerca Somchai dengan kata-kata yang menyinggung perasaan setelah mereka mengatakan tak suka dengan bau mi segera yang dimasak oleh adik Somchai. 

Dari hasil siasatan di tempat kejadian, polis menemukan sebilah pisau dalam kondisi berlumuran darah. Tidak hanya itu, sebuah tongkat baseball juga ditemui di lokasi tersebut yang disifatkan sebagai alat untuk memukul mangsa.

Hingga kini, polis masih menyiasat perkara ini.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.