1MDB Bawa Keuntungan, Berbeza Skandal Forex – Lim Sian See

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 11 September 2017

Dalam sidang akhbar hari ini, Pakatan kini mendakwa bahawa RM19.3 bilion (entah bagaimana ia bukan lagi RM55 bilion atau RM42 bilion tetapi sekarang lebih rendah) yang berkaitan dengan skandal 1MDB boleh membiayai beberapa program yang bermanfaat.

“Sekiranya tidak ada skandal 1MDB, kerajaan boleh menggunakan wang itu untuk membina 100 hospital baru, terutama di kawasan luar bandar, 460,000 rumah kos rendah, sebanyak 166,000 orang ibu tunggal boleh menerima bantuan sebanyak RM1,500 selama tujuh tahun, setiap seorang daripada 112,500 orang peneroka Felda boleh diberi bonus sebanyak RM172,000 dan biasiswa untuk pelajar miskin boleh diwujudkan semula,” kata Pakatan.

Seperti yang telah saya katakan, 1MDB merupakan kisah yang masih berterusan yang akhirnya akan membawa keuntungan – sangat berbeza daripada kerugian RM32.5 bilion dalam Skandal Forex BNM yang tidak mempunyai sebarang harapan untuk didapatkan semula.

Tidak seperti 1MDB yang telah membina 8 pangkalan tentera, meninggalkan legasi di TRX dan Bandar Malaysia, telah menyelesaikan perjanjian IPP yang lama tertangguh yang berat sebelah untuk menjimatkan kita RM200 bilion, membiayai puluhan ribu biasiswa dan jemaah Haji dan berkemungkinan menjana keuntungan bagi Malaysia, skandal BNM bernilai RM32.5 bilion Mahathir langsung tidak memberi manfaat kepada mana-mana rakyat Malaysia.

Saya sangat terkejut bahawa Pakatan tidak lagi bimbang tentang RM32.5 bilion yang hilang selama-lamanya pada awal 1990-an yang mana dalam nilai wang hari ini ia akan bernilai RM100 bilion.

Sekiranya RM100 bilion itu tidak hilang, kerajaan boleh menggunakan wang itu untuk membina 500 hospital baru, terutama di kawasan luar bandar, 2,250,000 rumah kos rendah, sebanyak 166,000 orang ibu tunggal boleh menerima bantuan sebanyak RM7,500 selama tujuh tahun, setiap seorang daripada 112,500 orang peneroka Felda boleh diberi bonus sebanyak RM862,000 dan biasiswa untuk pelajar miskin dapat ditingkatkan sebanyak 5 kali lebih banyak.

Tetapi kerana mereka kini menyembah Mahathir, Pakatan kini telah berdiam diri dan tidak lagi kisah tentang RCI ke atas Skandal Forex BNM ini.

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.