DRB-HICOM Taja Pemenang Emas Paralimpik & Ibu Bapa Tunai Umrah

KUALA LUMPUR – DRB-HICOM Berhad sebentar tadi mengumumkan akan menghantar atlet negara yang memenangi emas pada temasya Paralimpik Rio 2016 mengerjakan umrah bersama ibu bapa masing-masing.

 

Ganjaran itu diumumkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar dalam satu kenyataan.

 

“Dengan keazaman dan keberanian sebenar, hero kita membawa pulang tiga pingat emas menakjubkan buat Malaysia; tidak pernah terfikir kita akan mendengar Negaraku dimainkan pada pentas tertinggi itu.

 

“Kami semua berbangga dengan mereka dan pengorbanan dilakukan. Dan dengan itu DRB-HICOM berbesar hati menghadiahkan hero kita untuk mengerjakan umrah,” kata Syed Faisal. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.