37 Penumpang Cedera, Bas Persiaran Terbalik

KUALA LUMPUR – Seramai 37 penumpang cedera selepas sebuah bas persiaran terbabas dan terbalik di Kilometer 5.8 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, menghala selatan, dekat tol Sungai Besi, pagi ini.

 

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 9 pagi ketika bas yang membawa 44 penumpang dalam perjalanan dari Ampang ke Puchong itu terbabas di susur Sri Petaling.

 

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.37 pagi sebelum tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi, Taman Desa dan Bukit Jalil bergegas ke lokasi kejadian.

 

“Semua penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Serdang untuk rawatan lanjut,” katanya. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.