Video: Pesawat Malaysia Airlines (MAB) Mendarat Cemas Atas Jalan Raya Jadi Viral

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang memaparkan sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAB) melakukan pendaratan cemas atas atas jalan raya kini viral di media sosial.

 

Insiden tersebut didakwa berlaku di Jeddah, Arab Saudi ketika kejadian ribut pasir yang kuat yang memaksa pesawat terbabit melakukan pendaratan cemas di atas jalan raya.

 

Dalam video tersebut, jelas dapat dilihat logo Wau pada ekor pesawat yang menjadi identiti MAB (dulu dikenali sebagai MAS).

 

Jurucakap MAB ketika diminta mengulas kesahihan video tersebut tidak dapat membuat pengesahan lanjut.

 

“Kami tidak dapat mengesahkan kesahihan video terbabit. Kesemua pesawat kami mendarat di Jeddah dengan selamat.

 

“Bagaimanapun berikutan ribut pasir semua pesawat diarah kekal berada di landasan,” katanya dipetik daripada Utusan Malaysia.

 

Sementara itu, laporan dari Bernama Radio24 pula menyebut kejadian tersebut telah disahkan oleh jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.