Mayat Sepasang Suami Isteri Dalam Pondok

Nilai – Sepasang suami isteri warga Indonesia ditemui mati dalam sebuah pondok di kebun buah naga di Batu 12, Mantin, dekat Nilai semalam.

Pasangan itu yang merupakan pekerja ladang buah naga itu yang berumur dalam lingkungan 30-an dipercayai telah dipukul dengan objek keras dan tumpul di kepala.

Mayat mereka telah dijumpai oleh pemilik ladang, Tan Chong Kok, 44, kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam.

Sementara itu, pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supt Khoo  Leng Huat berkata motif kejadian masih belum diketahui dan akan disiasat dari semua sudut.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa bekerja di situ lebih kurang setahun setengah. Punca kematian belum diketahui sehingga bedah siasat dilakukan. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk dibedah siasat. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-7583222 atau pegawai penyiasat DSP Affendy Sulaiman (012-6788174) atau balai polis berhampiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.