Atlet Olimpik Bebas Tuduhan Bunuh Kekasih

Pretoria – Seorang hakim Afrika Selatan Khamis menggugurkan semua tuduhan bunuh terhadap Oscar Pistorius, dengan berkata pendakwa raya gagal membuktikan bintang trek Olimpik dan Paralimpik itu berniat membunuh teman wanitanya atau penceroboh pada Hari Valentine tahun lalu.

Hukuman bagi tuduhan tak sengaja menyebabkan kematian yang lebih ringan dijangka akan disabitkan tidak lama lagi.

Walaupun hakim Thokozile Masipa menyifatkan tertuduh berusia 27 tahun itu sebagai saksi “lemah” dan “banyak mengelak”, beliau berkata ini tidak bermakna bintang trek itu bersalah dalam kes yang beliau sebut bergantung sepenuhnya kepada bukti berdasarkan keadaan.

“Pendakwa raya tidak membukti keraguan melampaui munasabah bahawa tertuduh bersalah atas pembunuhan yang direncanakan terlebih dahulu,” kata Masipa di Mahkamah Tinggi Pretoria.

“Tidak ada fakta yang cukup untuk menyokong tuduhan itu.”

Beliau kemudiannya membebaskan Pistorius daripada pertuduhan bunuh lebih ringan, iaitu eventualis dolus.

Dalam keterangannya sebelum ini, atlet itu berkata dia menembak model dan pelajar undang-undang Reeva Steenkamp kerana menyangka seorang penceroboh sedang bersembunyi dalam bilik tandas.

“Jelas sekali dia tidak menjangka sebagai kemungkinan besar bahawa dia akan membunuh orang yang di belakang pintu tandas, apatah lagi si mati, kerana dia sangka wanita itu berada di bilik tidur,” katanya kepada mahkamah yang penuh sesak.

Oscar Pistorius, atlet terkenal yang cacat kedua-dua belah kakinya, menghadapi kemungkinan dipenjara selama 25 tahun apabila hakim wanita Afrika Selatan itu membaca keputusannya Khamis.

Sebagai peringatan bagaimana Afrika Selatan sudah berubah dalam tempoh 20 tahun sejak aparteid, nasib Pistorius, seorang lelaki kulit putih dari keluarga mewah, terletak di tangan seorang wanita kulit hitam berusia 66 tahun dari Soweto.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.