Tun M Utus Surat, Promosi Parti Baharu

KUALA LUMPUR – Biarpun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, masih menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), namun beliau masih sempat mengutuskan surat terbuka selain turut mempromosikan Parti Pribumi Bersatu.

 

Dalam surat terbuka melalui blognya, CheDet, beliau berkata, parti politik baharu itu ditubuhkan untuk rakyat yang benar-benar cintakan negara.

 

“Mungkin saya kalah. Wang tunai boleh menang. Ia adalah untuk rakyat Malaysia menilai, bukan TV3 atau NST atau mereka yang memang penyokong saya.

 

“Saya menulis ini dari hospital. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua mereka yang menghantar mesej cepat sembuh kepada saya. Ucapan-ucapan membantu, tetapi memohon untuk menyertai parti baru itu adalah lebih baik,”katanya yang menulis 16 intipati menerusi pengisian suratnya.

 

Menerusi surat terbuka yang bertajuk ‘Kebebasan Najib’ itu turut menekankan apa yang didakwa oleh Najib mengenai paksaan menjadi Perdana Menteri yang mengikut telunjuknya adalah tidak benar.

 

Tun Mahathir berkata, sekiranya Najib mahu melakukan segalanya mengikut caranya sendiri, sekurang-kurangnya beliau perlu melakukan yang baik untuk negara ini.

 

“Menggalakkan rasuah sudah pasti tidak baik untuk negara atau untuk sesiapa sahaja. Najib memberitahu penontonnya yang jinak bahawa saya mahu beliau melakukan semua perkara dengan cara saya sahaja. Mungkin begitu, tetapi saya tidak fikir ia adalah benar.

 

“Mempunyai 2.6 bilion ringgit dalam akaun peribadinya juga tidak baik. Tiada Perdana Menteri Malaysia harus mempunyai want sejumlah begitu dalam akaun peribadi. Dan penjelasan yang beliau berikan mengenai sumber berbilion itu agak tidak masuk akal,”katanya.

 

 

Beliau berkata, tujuh pengasas parti itu adalah sementara dan bila ditubuhkan, perwakilan akan memilih pemimpinnya.

 

Dalam pada itu, beliau turut mengulangi isi Deklarasi Rakyat yang mendakwa pemimpin kerajaan hari ini dikaitkan dengan rasuah.

 

Sementara itu, beliau berbesar hati sekiranya dapat berdebat secara langsung dengan Perdana Menteri.

 

“Saya berumur sekarang. Tetapi Alhamdulillah, saya belum lagi nyanyuk. Saya dengan senang hati akan terima cabaran debat terbuka dengan Najib di hadapan penonton dan siaran television secara langsung. Perbahasan hendaklah mengenai mentadbir negara,”katanya.

 

Terdahulu, beliau turut menegaskan, pada zama dia memegang kuasa, beliau tidak mempromosikan anak sendiri, walaupun beliau mempunyai kuasa untuk melakukannya.-SuaraTV

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.