Doktor Mengaku Tidak Bersalah Sebabkan Kematian Menantu TPM

KUALA LUMPUR – Seorang doktor bidang ginekologi (sakit puan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen  di sini atas dakwaan menyebabkan kematian menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

 

Dr Ting Teck Chin, 36, membuat pengakuan itu bagi menjawab pertuduhan di bawah 304(b) Kanun Keseksaan, yang mana telah menyebabkan kematian Datuk Syed Alman Syed Alwi pada  Jun lalu.

 

Perbuatan itu berlaku antara jam 6 petang dan 7 petang di sebuah klinik pergigian di Jalan Telawi, Bangsar.

 

Dr Ting berdepan hukuman 10 tahun penjara dan denda atau kedua-duanya.

 

Hakim Zainal L Saleh menetapkan ikat jamin sejumlah RM20,000 dengan seorang penjamin.

 

Pada 1 Jun lalu, Syed Alman, 44, suami kepada anak sulung TPM, Datuk Nurulhidayah, dilaporkan pergi ke klinik itu pada kira-kira pukul 6 petang bersama seorang rakan.

 

Allahyarham kemudian dilapor tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggal dunia. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.