Xavier Justo Dihadapkan Ke Mahkamah Thailand 17 Ogos

BANGKOK – Xavier Andre Justo, rakyat Switzerland yang dituduh memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International, dijangka hadir di mahkamah untuk pendengaran kesnya pada 17 Ogos ini.

 

Seorang pegawai mahkamah berkata, Justo akan hadir di Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok atas dakwaan di bawah Kanun Keseksaan Thailand, kesalahan melakukan peras ugut yang boleh dikenakan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun serta denda antara 2,000 baht (RM225) hingga 20,000 baht (RM2,250).

 

Katanya, pihak pendakwa telah memfailkan kes berkenaan semalam. Justo ditangkap di pulau peranginan Koh Samui di selatan Thailand pada 22 Jun lalu dan polis Thailand sudah menyelesaikan kertas siasatan terhadap Justo pada minggu lalu. – AntaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.