Sokong Protes Jalanan: Dr Mahathir Tiada Idea, Terdesak [Video]

Kuala Lumpur – Fokus utama kerajaan pada masa ini adalah untuk memastikan ekonomi negara bertambah baik, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak.

 

“Kita banyak masalah bukan atas dasar kesilapan kita tetapi berpunca dari penurunan harga minyak dunia dan itu memberi kesan kepada ringgit Malaysia, (dan) ia juga berlaku di negara lain,” katanya.

 

 

Salleh bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di ibunegara semalam.

 

Menyentuh kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perhimpunan jalanan hanya boleh dijalankan sebagai langkah terakhir untuk mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak berundur, Salleh berpendapat saranan itu dilihat seolah-olah Dr Mahathir tidak mempunyai idea.

 

Ini kerana sebelum ini Dr Mahathir menulis di blognya bahawa demonstrasi jalanan tidak patut diadakan, katanya.

 

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), DaDatuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata kenyataan Dr Mahathir itu menunjukkan beliau begitu terdesak mahu mengulingkan Perdana Menteri.

 

“Pada saya kenyataan itu menunjukan Tun M begitu terdesak untuk memaksa Datuk Seri Najib meletakkan jawatan.

 

“Kenyataan Tun M itu terlalu menghasut yang pada saya boleh mneyebabkan mereka yang tidak bertanggungjawab terutama mereka yang diluar UMNO mengambil kesempatan, seolah-olah beliau nak mengalakkan ‘arab spring’ berlaku di Malaysia dan pada saya kenyataan itu sangat tidak wajar” katanya ketika ditemui di majlis yang sama.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.