Video: ‘Low Yat 2′ Untuk Peniaga Melayu Di Bangunan MARA

Kuala Lumpur – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan pembukaan sebuah pusat jualan dan borong alat telekomunikasi yang menyamai fungsi Plaza Low Yat yang khusus untuk peniaga Melayu.

 

Bercakap kepada SuaraTV beliau percaya, pembukaan pusat itu akan dapat memenuhi keperluan orang ramai yang sebelum ini hanya tertumpu di Plaza Low Yat.

 

 

“Kita sedar dengan kewujudan tempat-tempat lain yang turut menyediakan perkhidmatan yang sama, namun kita percaya orang ramai selepas ini akan memiliki lebih banyak pilihan sekiranya melakukan urusniaga terus bersama pembekal.

 

“Kita sasarkan golongan peniaga seratus peratus dari kalangan Melayu. Belum ada lagi pembekal dari kalangan Melayu, oleh kerana itu kita beri kelonggaran,” katanya ketika ditemui SuaraTV sejurus selepas Majlis Aidilfitri Jasa 2015 di PWTC, Selasa.

 

Mengikut pelan, ‘Low Yat 2′ akan ditempatkan di Tingkat 3 Bangunan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Jalan Raja Laut selepas ubah suai.

 

“Kita akan jadikan ia sebagai ‘Low Yat 2′ dan kita akan kumpulkan sekali seberapa banyak mungkin pembekal besar di bangunan ini”.

 

“Sekiranya tingkat 3 tidak mencukupi, ada lagi tingkat 4 yang boleh dijadikan sebagai tempat jualan dn kalau boleh ia bukan sekadar menjual telefon bimbit, tapi juga peralatan berkaitan komputer dan sebagainya” katanya lagi.

 

Pengumuman cadangan ‘Low Yat 2′ itu dibuat Ismail selepas melakukan lawatan ringkas ke Bangunan MARA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.