Video: Kenyataan Dr Mahathir Sokong Protes Jalanan Bahaya – Ramesh Rao

Kuala Lumpur – Datuk Seri Najib Tun Razak digesa supaya menghentikan peruntukan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF) kerana didakwanya dijadikan platform oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggulingkan kerajaan.

 

Pengerusi Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata, langkah itu perlu dibuat kerana Dr Mahathir menyalahgunakan PLF untuk menyerang Najib dan kerajaan.

 

 

“Dalam minggu-minggu yang lepas, bekas Perdana Menteri yang telah berkhidmat selamat 22 tahun telah terkeluar dari landasan.

 

“Malah cara penyampaian beliau pada para pelajar juga amat-amat merungsingkan (malah) berliau kata jalan terakhir untuk mengulingkan Najib Razak (adalah) melalui demonstrasi jalan dan kenyataan ini amat bahaya” katanya pada satu sidang media di pejabatnya pada Rabu.

 

Menurut Ramesh tindakan Dr Mahathir mengunakan Yayasan Kepimpinan Perdana untuk mengulingkan kerajaan adalah sangat tidak wajar.

 

“Kita faham beliau (mempunyai) pangkat Tun dan kebal (dari tindakan undang-undang), tapi janganlah gunakan kekebalan itu untuk menghasut orang lain… Tun Mahathir kerap lupa, Yayasan kepimpinan Perdana yang digunakan sebagai platform untuk bercakap dalam dan luar negara itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia, iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN).

 

“Jadi tidak wajar dia menggunakan duit kerajaan dan menghentam semula kerajaan. Ini tidak boleh jadi saya minta Perdana Menteri menarik balik dan membatalkan semua peruntukan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana” katanya lagi.Rabu.

 

Katanya, Dr Mahathir sepatutnya menggunakan PLF untuk tujuan baik dengan berkongsi pemikiran dengan generasi muda bagi meningkatkan lagi pembangunan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.