Video: Isu Memorandum, Menteri Arah JASA Ambil Tindakan

Kuala Lumpur – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Mohd. Salleh Said Keruak berkata pihaknya telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) untuk menyiasat tindakan kakitangan jabatan tersebut yang menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan meminta beliau ‘berehat’.

 

Mohd Salleh ketika ditemui SuaraTV malam tadi berkata hukuman yang sewajarnya perlu dikenakan sekiranya terbukti wanita tersebut melakukan perbuatan tersebut.

 

 

“Saya telah minta Ketua Pengarah JASA untuk melihat perkara tersebut (kerana) sebagai seorang penjawat awan dia tidak sepatutnya melakukan tindakan sedemikian kerana sebagai penjawat jawatan kerajaan (menjadi) tanggungjawab kita untuk menyokong pemimpin parti pemerintah.

 

“Sebarang perbuatan sedemikian adalah salah sebagai kakitangan kerajaan dan saya telah meminta Ketua Pengarah untuk melihat dan menyiasat perkara ini (dan) jika benar tindakan sewajarnya perlu diambil keatas penjawat tersebut” katanya kepada SuaraTV sejurus selepas menghadiri Majlis Aidilfitri JASA 2015 di PWTC, Selasa.

 

Sementara itu Ketua Pengarah JASA, Datuk Dr Puad Zarkashi ketika diminta mengulas mengenai perkara yang sama berkata, pihaknya akan meneliti laporan penuh berhubung kejadian tersebut.

 

Puad turut mengesahkan wanita tersebut adalah merupakan pegawai JASA di bawah parlimen Pasir Gudang.

 

 

“Saya tunggu laporan penuh daripada Pengarah JASA Johor… dia akan hantar laporan penuh itu esok (hari ini) jadi setakat ini saya belum ada apa-apa komen lagi.

 

“Dia (wanita tersebut) adalah pegawai JASA(peringkat) DUN di bawah parlimen Pasir Gudang” ujarnya ketika di temui di majlis yang sama.

 

Ahad lalu seorang perwakilan wanita dari Pasir Gudang, menyerahkan satu memorandum secara peribadi kepada Najib sejurus selepas beliau menyampaikan ucapan perasmian di bahagian tersebut.

 

Usul tersebut antara lainnya meminta Najib berehat dari jawatannya dan membatalkan penangguhan 18 bulan untuk pilihan raya parti.

 

Terdahulu Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata dakwaan mengenai insiden tersebut masih belum dipastikan.

 

Beliau bagaimanapun, memberi jaminan sebagai Setiausaha perkara itu akan diteliti dan disiasat.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.