Tak Mampu Menyewa, Graduan Terpaksa Tidur Dalam Khemah

GENEVA – Seorang pekerja pelatih berkelulusan graduan terpaksa tinggal di dalam khemah kerana tidak mampu menyewa di Switzerland.

 

Laporan Dailymail mengatakan David Hyde, 22 yang berkelulusan pendidikan International Relations bekerja tanpa bayaran di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

 

Beliau yang berasal dari New Zealand berkata, jika beliau tidak menghabiskan tempoh latihan, sijil tidak akan diberikan.

 

“Saya mungkin naif kerana datang ke Switzerland, tapi polisi (tidak membayar pekerja pelatih) membuatkan saya marah,” katnaya kepada akhbar tempatan, Tribune de Genève.

 

Setiap pagi, Hyde akan mengemaskan khemah, dapur dan beberapa barangan keperluan lain dan menyimpannya dalam sebuah beg yang akan diletakkan di bawah meja di pejabat.

 

Selain Hyde, terdapat beberapa pekerja pelatih lain yang berkhemah dan tidak diberikan bantuan pengangkutan, tempat tinggal atau bantuan perubatan.

 

Menurut ibunya, keadaan tersebut tidak menghalang anaknya dalam mengejar impian.

 

“Saya akan cuba bantu dia selepas kami tahu caranya,” kata Vicki kepada Stuff New Zealand.

 

Wanita tersebut yang tinggal di Chrischurch, New Zealand juga memberitahu, anaknya mempunyai prinsip dan pandangan tentang bagaimana manusia patut dilayan.

 

“Saya cuma berharap dia mempunyai makanan yang cukup dan tidak sejuk,” akhiri beliau.

 

Geneva Interns Association (GIA) pula sentiasa memperjuangkan nasib pekerja-pekerja pelatih.

 

“PBB mempromosi nilai murni seperti tiada diskriminasi, kepelbagaian dan penyertaan, tetapi tidak menerap nilai tersebut kepada pekerja pelatihnya,” kata salah seorang anggota GIA kepada Tribune.

 

Difahamkan, PBB mengambil lebih 166 pekerja pelatih dan lebih 60 peratus pekerja tersebut tidak dibayar pada 2013.

 

Jurucakap PBB pula memberitahu Tribune bahawa keputusan untuk membayar pekerja pelatih adalah bergantung kepada mereka.  Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.