Stesen Radio Tak Bayar Gaji

Kuala Lumpur – Seiring perkembangan teknologi, radio Internet semakin mendapat perhatian.

 

Kalau ikutkan ia perkembangan yang bagus buat penyanyi tanah air dan memberi lebih pilihan kepada pendengar.

 

Sedia maklum persaingan yang kian sengit, pemilik sebuah radio Internet sanggup mendapatkan khidmat perunding profesional bagi mempromosikan stesennya.

 

Gaji yang ditawarkan boleh tahan lumayan juga. Bagi membalas kepercayaan yang diberikan, individu berkenaan melakukan kerjanya dengan bersungguh-sungguh sehingga radio itu mula menjadi sebutan ramai.

 

Malangnya ibarat habis madu sepah dibuang, khidmatnya kini tidak lagi diperlukan. Lebih malang, gajinya yang sudah lama tertunggak tidak dilunaskan.

 

Siapa yang boleh tahan sekiranya diperlakukan begitu rupa. Mulanya dia berunding secara baik tetapi pemilik radio terbabit tidak endah dengan permintaannya.

 

Bengang dengan sikap tidak bertanggungjawab pemilik radio itu, individu ini merancang mengambil tindakan undang-undang. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.