Saya Masih Bekerja Untuk Parti, Kata ADUN PAS

TUMPAT – Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim mahu pihak tertentu tidak mengeruhkan keadaan dengan menyebarkan fitnah bahawa beliau bakal menyertai Harapan Baru.

 

Menurutnya, ini adalah propaganda individu tidak bertanggungjawab yang mahu melemahkan kepimpinan Dun Kelaboran yang didukungnya sejak tahun 2004 lagi.

 

“Saya masih wakil rakyat Dun Kelaboran, masih bekerja untuk Pas.

 

“Jangan ada pihak yang sebarkan fitnah mengatakan saya tolak kepimpinan ulama,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam majlis penyampaian pelbagai bantuan kerajaan negeri di pejabatnya, di sini, petang semalam.

 

Sebelum ini, desas-desus pembabitan Mohd Zaki dalam gerakan kumpulan progresif Pas berlaku apabila namanya menjadi viral untuk hadir sebagai penceramah semasa majlis Pelancaran Harapan Baru 19 Julai lalu di Kota Bharu.

 

Bagaimana pun Mohd Zaki menafikan penglibatan beliau dan sehingga kini masih setia dengan perjuangan Pas.

 

Dalam pada itu, Mohd Zaki mengingatkan walau apa pun status penyebar fitnah itu sama ada ustaz mahu pun imam tetapi dosa membuat fitnah itu tetap sama.

 

“Tak semestinya ustaz atau imam yang membuat fitnah mereka terlepas dari dosa,  dapat masuk syurga.

 

“Kalau dah buat fitnah pada orang, sama saja dosanya dengan orang biasa membuat fitnah,” katanya.

 

Mohd Zaki mahu rakyat di Dun ini menilai dengan bijak setiap penyebaran apa sahaja berita kerana ia akan memecahbelahkan perpaduan masyarakat. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.