Polis Pantau Penggunaan ‘Shisha Stick’ Ganja

Kuala Lumpur – Polis berjaya mengesan cara terbaru sesetengah penagih ganja menggunakan ‘Shisha stick’ bagi melampiaskan nafsu ketagihan mereka.

 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata hasil pemantauan polis mendapati penyalahgunaan shisha stick untuk menghisap ganja mula dikesan di kalangan pelajar dan orang awam kerana ia lebih murah dan senang lebih kecil berbanding vapor.

 

“Hasil pemantauan dan risikan polis yang dijalankan setakat ini mendapati, penggunaan shisha stick bukanlah satu kaedah baru di kalangan penagih ganja, kerana alat itu telah lama berada di pasaran negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Jelasnya, seperti kategori rokok elektronik yang lain, shisha stick yang menggunakan kaedah yang sama seperti vape agak kurang mendapat sambutan di negara ini memandangkan cecair perisa yang sedikit dan dikatakan kurang memberi kepuasan kepada pengguna.

 

“Polis akan menjalankan pemantauan khusus secara berterusan dengan kerjasama Kementerian pendidikan di peringkat negeri dan daerah serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengenai penyalahgunaan alat itu dengan ganja,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.