PM Bangga Melayu Bina Menara Jam Makkah

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakaan rasa bangganya terhadap kejayaan anak Melayu yang berjaya dalam pelbagai aspek.

 

Beliau membangkitkan kejayaan jurutera Melayu yang bertanggungjawab membina Menara Jam Diraja Makkah di Arab Saudi, salah sebuah bangunan tertinggi di dunia, lapor Bernama.

 

“Saya turut berbangga bahawa orang Melayu adalah sebahagian daripada pasukan yang memenangi pertandingan NASA untuk reka bentuk kenderaan bagi planet Marikh.

 

“Kami berbangga apabila seorang tokoh Melayu dilantik sebagai Felo dan pensyarah dalam pengajian Islam di Universiti Oxford,” beliau dilapor sebagai berkata oleh agensi berita nasional.

 

Najib berkata sebelum pelancaran Dasar Ekonomi Baharu (DEB) pada 1970, pelajar Bumiputera ketinggalan jauh di universiti di Malaysia sendiri.

 

“Pada tahun itu, sebagai contoh, Universiti Malaya mempunyai hanya seorang pelajar Bumiputera mengikuti bidang kejuruteraan, dan tiga orang dalam fakulti perubatan,” katanya lagi.

 

Yayasan Alma ditubuhkan pada 2010, sebagai pertubuhan bukan bermotifkan keuntungan, yang dimulakan oleh Alumni Melayu dari universiti Amerika Utara.

 

Ia bertujuan untuk mengumpul dana, derma, geran dan sumbangan bagi meningkatkan peluang pendidikan untuk pelajar dan graduan Bumiputera yang berpotensi dan layak serta individu lain yang berkaitan.

 

Yayasan itu berharap dapat mengumpul dana sehingga tidak kurang daripada RM300 juta setahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.