Penyerang West Ham Ditahan Polis

PENYERANG West Ham, Diafra Sakho ditahan polis selepas didakwa menyerang seorang wanita.

 

Pemain berusia 25 tahun itu ditahan pada Khamis – tiga hari sebelum West Ham menewaskan Arsenal 2-0 di Stadium Emirates.

 

Sakho ditahan di rumahnya di Hornchurch sebelum dibawa ke balai polis di timur London.

 

Pemain Senegal itu kemudian telah dibebaskan sebelum diminta untuk hadir semula ke balai polis pada bulan depan.

 

Pembebasan itu memberi peluang kepada Sakho untuk membantu West Ham menewaskan Arsenal. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.