Pelakon Wanita Kesal Fizz Fairuz Tak Bertanggungjawab

Pengakuan Fizz Fairuz yang menyatakan bahawa dia tidak mengenali gadis muda yang kini terpalit dengan kontroversi WeChat, membuatkan gadis itu iaitu Fara Mendoza terkejut dengan perkara tersebut.

 

“Eh kenapa pula dia (Fizz) cakap tak kenal saya. Saya ada bukti perbualan kami di WeChat. Kenapa dia nak tepis cerita ini sampai menafikan perkara yang benar. Janganlah buat begini. Tapi tujuan saya ini tak berniat untuk merosakkan rumah tangga mereka”

 

“Saya juga tak berniat memuat naik paparan skrin itu di WeChat hingga menjadi besar sebegini. Niat saya memuat naik paparan skrin itu memang saya sifatkan sangat bodoh tapi atas paksi untuk memberitahu supaya dia (Fizz) jangan ganggu saya lagi”

 

“Saya padamkan paparan skrin itu tapi tak sangka ia terlebih dahulu disimpan dan disebarkan. Mungkin juga ada yang jadi kawan saya di WeChat yang sudah sabotaj kami,” jelasnya seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.