Netizen ‘Troll’ Azalina Kahwin Dengan Azwan Ali

Kuala Lumpur – Marah dengan kenyataan yang disifatkan sebagai tidak cerdik, para pengguna media sosial baru-baru ini menyarankan agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk berkahwin dengan personaliti TV, Azwan Ali.

 

Mereka menyifatkan Azalina dan Azwan sesuai untuk dijodohkan kerana dikatakan mempunyai persamaan dari segi personaliti dan sering mengeluarkan kenyataan yang boleh menguris hati masyarakat.

 

Tidak cukup dengan itu, ada dikalangan mereka yang turut mengubah suai gambar perkahwinan Azalina dan Azwan.

 

Melalui gambar tersebut Azalina digambarkan sebagai pengantin lelaki yang mendukung Azwan sebagai pasangannya.

 

Azalina dilihat terhibur dengan gurauan tersebut sambil menyifatkan ia sebagai perkara biasa di dalam dunia politk.

 

“Hahaha.. Nak buat macam mana.. Asam Garam Politik… #hariharikenakutuk #kipidap #dungibap” tulis Azalina melalui akaun Instagramnya.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati para penyokong Azalina meminta agar ahli parlimen Pengerang itu banyakkan bersabar dengan memberikan kata-kata semangat kepadanya.

 

Azalina sebelum ini dikecam hebat apabila berkata, isu adegan pasangan bercinta berpegangan tangan, berpelukan tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanya sekadar lakonan yang tidak mengundang ke arah maksiat terhadap penonton. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.