Mayat Rentung Dalam But Kereta

Rawang – Mayat seorang individu tanpa identiti ditemui rentung di dalam but sebuah kereta yang terbakar di Taman Bukit Rawang Jaya, disini hari ini.

 

Penolong Pengarah Operasi Bomba Negeri Selangor Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 6.38 pagi tadi.

 

“Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback yang terbakar sepenuhnya.

 

Di bahagian but kereta didapati terdapat mayat yang telah rentung,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

 

Difahamkan mangsa dipercayai dibunuh dan polis sedang menjalankan siasatan. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.