Keluarga Soeharto Diarah Bayar Jutaan Dolar AS

Jakarta – Mahkamah Agung Indonesia mengarahkan keluarga bekas presiden republik itu Soeharto membayar balik jutaan dolar yang didakwa digelapkan.

 

Selepas 32 tahun memerintah, Soeharto diturunkan melalui protes 1998 atas dakwaan amalan rasuah besar-besaran serta nepotisme yang memberi manfaat kepada anggota keluarga dan kroni.

 

Ini kali pertama anggota keluarga itu dipertanggungjawabkan atas dakwaan salah laku beliau.

 

Anggota keluarganya menafikan dakwaan itu.

 

“Pihak yang kalah diberikan beberapa hari dan jika mereka tidak membayar secara sukarela, tindakan undang-undang akan diambil,” kata jurucakap mahkamah itu Suhadi (satu nama) kepada pemberita tanpa mengulas lanjut.

 

Anggota keluarga Soeharto kalah dalam rayuan mereka dan diarah membayar A$324 juta atas dakwaan salah guna dana negara semasa pentadbiran pemimpin itu.

 

Dakwan itu menyebut anggota keluarga Soeharto menggunakan sebuah yayasan untuk menyalurkan dana yang dikatakan bagi tujuan pendidikan.

 

Keputusan yang mengarahkan mereka membayar balik 75 peratus daripada wang itu diumumkan minggu ini.

 

Anggota keluarga Soeharto masih aktif dalam politik.

 

Bagaimanapun pengaruhnya telah merosot dengan ketara selepas Indonesia mengecapi demokrasi penuh.

 

Anak perempuannya kini menjadi anggota parlimen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.