Jokowi Bakal Rombak Kabinet, Singkir Menteri Ekonomi

PRESIDEN Indonesia Joko Widodo dilapor akan merombak Kabinetnya pada Rabu bagi menggantikan menteri yang kebanyakannya dalam pasukan ekonomi kurang setahun sejak memegang jawatan.

 

Menurut laporan Reuters yang memetik kata dua pegawai istana, Widodo atau lebih mesra dipanggil Jokowi, berdepan tekanan memuncak daripada parti serta orang awam di atas dakwaan kegagalannya mengurus ekonomi negara yang dilihat semakin merosot.

 

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Indonesia berkembang pada 4.67 peratus pada suku kedua, kadar paling perlahan dalam tempoh enam tahun, lapor Reuters.

 

“Beberapa menteri telah dipanggil ke istana untuk membincangkan soal rombakan itu,” kata seorang pegawai istana.

 

Beliau berkata, keputusan telah dibuat tentang menteri mana akan disingkirkan, namun enggan mengulas lanjut.

 

Ketua Menteri Ekonomi Sofyan Djalil dan Menteri Perdagangan Rahmat Gobel adalah antara menteri ekonomi yang bakal diganti, lapor media. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.