IACC: Malaysia Ada Agenda Aktif Kurangkan Rasuah

Putrajaya – Malaysia bersedia menganjurkan Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC), sejajar agenda aktif negara dalam usaha memerangi kegiatan rasuah.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, persidangan dwi tahunan itu sepatutnya diadakan Oktober tahun lalu di Tunisia, sebelum negara berkenaan membatalkannya atas faktor keselamatan, disebabkan pilihan raya di sana.

 

“Malaysia mahu adakan di sini, kerana kita ada agenda aktif untuk kurangkan rasuah, melalui NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) dan GTP (Program Transformasi Kerajaan).

 

“Kita juga mahu meningkatkan indeks persepsi rasuah pada kedudukan ke-20 tertinggi. Sekarang kita di kedudukan ke-50.

 

“Inilah rancangannya. Salah satunya menerangkan kepada rakyat dan mendengar pendapat pakar dari seluruh dunia,” katanya ketika ditemu ramah, baru-baru ini.

 

Menurut Low, Malaysia bukan negara sempurna dan mengalami masalah, di mana transformasi perlu dilakukan.

 

IACC 2015 yang dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 3 September ini, dijangka dihadiri sekitar 700 hingga 1,000 peserta daripada pelbagai sektor.

 

“Tujuannya untuk membincangkan isu rasuah, kesannya dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasinya.

 

“Ia melibatkan isu-isu dunia yang turut dialami kita. Itu asasnya,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!