GHB Tidak Sisih Peranan Ulama, Kata Mujahid

Bagi bersaing Pas, Generasi Harapan Baru (GHB) nampaknya turut membawa ulama dalam kumpulan mereka melalui satu seminar khas tidak lama lagi.

 

Sebagai sebuah NGO yang bakal memposisikan diri sebagai parti politik Islam kedua, peranan ulama dan cendikiawan agama menjadi satu keperluan.

 

Bagi tujuan itu, GHB akan menganjurkan seminar Ndawah Ulamak Nadhdah Jadidah (NUNJI) 2015 pada Ahad ini di Shah Alam.

 

Pengarah NUNJI 2015, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa memberitahu, seminar itu bukti GHB tidak pernah menyisihkan ulama seperti dakwaan umum.

 

“GHB tidak menyisihkan ulama namun hakikat kami lihat peranan ulama satu peranan yang besar dalam menentukan halatuju dan masa depan politik negara,” ujarnya dalam satu rakaman video promosi seminar hari ini.

 

Menurut Mujahid, GHB membuka ruang kepada ulama, cendikawan Islam berhimpun dalam NUNJI 2015 supaya mereka dapat menyuarakan pandangan mereka melalui resolusi, kertas kerja supaya hala tuju dalam menangani masa depan politik Islam.

 

“Wadah NUNJI 2015 ini dapat menyumbang kepada dunia perlunya fiqh bersandarkan kondisi, situasi politik tempatan yang majmuk sifatnya,” ujarnya.

 

GHB merupakan NGO yang dipimpin oleh pemimpin Pas yang kalah ditangan golongan ulama dalam parti semasa pemilihan baru-baru ini.

 

GHB diketuai oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan bekas Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.