Artikel Najib Ada Hubungan Dengan Marina Mahathir, Palsu

Kuala Lumpur – The Malaysian Insider hari ini tampil menjelaskan paparan imej berita yang dimuat naik di laman sosial dengan tajuk: ‘Najib pernah ada hubungan sulit dengan anak saya, Marina, kata Mahathir‘ adalah palsu.

 

Imej tersebut yang memaparkan gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu tersebar meluas melalui aplikasi WhatsApp dan platform media sosial.

 

Portal berita itu menyatakan berita tersebut adalah palsu dan tidak pernah ditulis mahupun diterbitkan oleh pihaknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.