Annuar Musa Dilantik Semula Sebagai Pengerusi MARA

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa dilantik semula menjadi Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) hari ini.

 

Perkara itu disahkan melalui laman Facebooknya yang ditulis sebentar tadi.

 

Jelasnya, perlantikan semula itu dianggap sebagai tanggungjawab besar dan berjanji akan menguruskannya dengan baik.

 

“Pagi ini saya hadir di Pejabat Perdana Menteri dan menerima surat perlantikan semula sebagai Pengerusi Mara.

 

“Saya menganggap ini satu amanah besar dan ingin memastikan Mara di urus secara penuh berintegriti serta memenuhi amanah rakyat.

 

“Saya ucapkan terima kasih kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Perdana Menteri,” katanya.

 

Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh telah ditamatkan kontraknya pada 17 Julai lalu selepas menjawat jawatan itu selama dua tahun bermula 19 Julai 2013.

 

Beliau sebelum ini menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Menteri Pengajian Tinggi, berikutan pelepasan jawatan Pengerusi Mara yang disandang Idris sejak 2008, kerana bertanding dalam pilihan raya umum lalu. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.