Tian Chua Mengaku Tak Bersalah, Lempar Kata-Kata Kesat Polis Bodoh, Bangsat, Celaka!

Petaling Jaya – MP Batu Tian Chua mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mengaibkan seorang pegawai polis dalam satu kejadian April lalu.

Tian, atau nama sepenuhnya Chua Tian Chang, dituduh mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas tuduhan menghamburkan kata-kata kesat ke atas pegawai tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, beliau didakwa menyebut “bangsat (bastard), polis bodoh (stupid polis), celaka (f@*k you) ke atas DSP Glenn A Sinappah yang cuba merampas telefon bimbitnya di Hotel Armada.

Beliau juga didakwa cuba menghalang kenderaan polis dari meninggalkan hotel berkenaan bagi mendapatkan kembali telefonnya.

Tian ketika ditemui di bangunan mahkamah menyifatkan dakwaan tersebut sebagai penganiayaan politik ke atasnya dan mendakwa peguam negara sudah bersetuju untuk tidak menuduh beliau mengikut undang-undang hasutan.

“Ketika saya keluar dari satu majlis, polis tersebut tidak memperkenalkan diri dan mereka merampas telefon bimbit saya.

“Saya cuba menghalang mereka dan memaklumkan pada keselamatan hotel. (Polis) yang merampas telefon saya kemudian meminta saya pergi ke balai polis,” dakwanya.

“Saya disiasat atas dakwaan twit menghasut, yang mana tidak dijalankan, tetapi ini pula tuduhan yang dikenakan ke atas saya,” katanya.

Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat menetapkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin, dan menetapkan sebutan kes pada 11 September.

Tian diwakili peguam Michelle Yesudas.

Naib presiden PKR berusia 50 tahun itu juga menghadapi dua tuduhan hasutan di mahkamah Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.