Selepas 10 Jam Jadi Bapa, Zain Saidin Muat Naik Foto ‘Love Bite’ CheTa

Kira-kira jam 10 malam semalam (Isnin) Zain Saidin telah memuat naik sekeping foto yang telah menarik hampir 1,000 pengikut di akaun Instagram miliknya.

Foto tersebut yang mempamerkan bahagian belakang Zain telah disertakan dengan kapsyen ‘Apabila Rozita Che Wan buat love bite ;p #bekam’.

Agak comel apabila Zain turut meletakkan tag nama isterinya@rozitachewan1 pada foto tersebut.

Bagaimanpun foto Zain yang baru menjalani rawatan tradisional yang dipanggil bekam tersebut tidak dikecam oleh para pengikut di Instagram, sebaliknya ramai tidak menyangka Zain Saidin seorang yang lucu dan pandai bergurau.

Dalam pada itu ada juga peminat yang sempat menegur longgokan beg berjenama yang berada di atas almari!

Zain dan Rozita Che Wan dijangka menimang cahaya mata sulung mereka pada November depan.

Semoga ibu dan bayi dalam kandungan yang kini sudah masuk usia 7 bulan sihat sentiasa. Zain Saidin pasti orang paling teruja ketika ini untuk bergelar bapa. – Astro Gempak

Love bite Cheta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.